Tuesday, January 3, 2012

~Akan Ku Pimpin Tanganmu~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Allah itu amat la dekat, lebih dekat dengan urat leher manusia. Kerana Allah SWT itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya yang dalam kesusahan bahkan dikalangan hamba-hamba itulah yang semakin jauh dari Allah yakni tuhan yang Esa.

Adikku berumur 12 tahun pernah bertanya kepada aku, "adik tak da duit belanja, adik mintak kat emak tapi mak tak bagi, sedih macam ni..", kata adik. Aku sengaja menguji adik aku pada waktu itu dengan berkata, "minta la pada Allah, Allah kan berkuasa, sedangkan bumi yang luas ni Allah yang cipta, tak kan duit adik RM5 pun Allah tak boleh bagi, jawab aku. "macam mana Allah nak bagi, tak kan Allah nak turun dari langit lagi kot, apa la kakak ni."ujar adikku. "Allah bagi duit tu bukan turun dari langit, tapi mungkin Allah nak bagi mengikut keadaan yang kita sendiri tidak tahu, bila kita bersungguh-sungguh berdoa dan percaya, Allah pasti kabulkan, InsyaAllah, percaya la cakap kakak," jelas aku.

Esoknya, tidak disangka-sangka adik aku datang kepadaku dengan sukanya, "akak, mak baru bagi RM5 tadi, macam tak caye je kan.."kata adikku dengan seronoknya. "bersyukur la pada Allah dik, akhirnya Allah dengar doa adik tau."jawab aku.


Aku cuba dalam mengajar dan mendidik adik-adikku dengan kefahaman Islam walaupun mereka bukan belajar dalam bidang yang diceburi. Keluarga aku hanya lahir dari golongan biasa. Tiada siapa lagi yang mampu menegur adik-adikku melainkan aku sebagai kakak yang sulung. Setelah kematian abah, segala-segalanya telah berubah.

Dalam usaha bermujahadah melakukan segala amal kebaikan, juga mencegah daripada melakukan kemungkaran, prinsip muhasabah diri harus ada dalam diri, tatkala kita menegur orang lain dalam melakukan kebaikan, sedikit sebanyak dapat mengingati diri kita yang jahil untuk menjadi lebih baik daripada biasa. InsyaAllah.

Aku sedih apabila melihat adik aku sendiri yang paling aku sayang mula berubah. Adik yang kedua berumur 19 tahun, perubahannya lebih kepada mazmumah(keburukan). Aku sedih melihat adik perempuanku itu memakai baju dengan erti kata lain "tidak cukup kain". Pemakaiannya sendiri yang mencontohi gaya pemakaian orang-orang barat. Gaya rambut mengikut fesyen terkini. Lagu-lagu yang asyik sahaja dengan lagu Barat. Astagfirullah. Tiada daya dan upaya aku hanya kekuatan dariMu ya Allah. Telah ku cuba menasihatinya tapi tidak di endahkan kata-kataku. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak memegang hati-hati hambaNya dalam memperoleh hidayahNya. Allahuakhbar.



Adik aku adalah seorang yang baik. Aku percaya. Dia boleh berubah kerana Allah dan bukan untuk orang lain. Ini kerana keadaan dan pengaruh yang membuatkan dirinya berubah sedemikian rupa. Akak sayang kamu, percaya la adikku, akak sentiasa mendoakan mu, semoga dikau sentiasa terpelihara oleh Allah SWT. Tiada kakak yang akan membiarkan adiknya sendirian tanpa arah melainkan Allah SWT sahaja yang berhak memisahkan kita berdua.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata."(Riwayat al-Bukhari)

Allah tidak akan melihat hasil kita, tetapi Allah melihat seberapa banyak usaha kita dalam mengajak orang ke arah kebaikan. Putus asa tidak akan ku semat sedikit pun di dalam kamus hidupku. Kerana putus asa bukan sifat orang mukmin. InsyaAllah. Aku sayang adikku kerana Allah SWT kerana adikku adalah amanah dan tanggungjawab aku.

"What you give, you get back", itu la kata-kata dari seorang sahabat. Dalam erti kata, kebaikan akan dibalas kebaikan, manakala keburukan akan dibalas akibatnya nanti. InsyaAllah akanku pegang kata-katanya. Allah tidak pernah membebankan seorang hamba itu dengan bebanan yang berat melainkan dengan  daya upaya hamba itu sendiri.

Bagaimanakah cara lain lagi yang harus ku lakukan dalam terus membimbing adikku ke jalan yang benar?aku berfikir sejenak. Mungkin masih ada lagi seribu macam cara yang masih belum aku lakukan untuk menarik minat adikku itu ke arah Islam.

Ku rujuk Sirah-sirah Nabi zaman dahulu supaya dapat memberi aku kekuatan dan ilham dalam menghadapi situasi sebegini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim yang berdakwah dengan ayahnya boleh dijadikan model. Nabi memulakan dakwah kepada ayahnya dengan berbincang konsep ketuhanan. -surah Maryam ayat 42-45. Setelah Nabi Ibrahim berusaha berdakwah kepada ayahnya, tetapi usahanya tidak berhasil malahan dakwah Nabi ditolak oleh ayahnya sendiri, baginda mengambil langkah yang positif iaitu berdoa.

Allah berfirman yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta keampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku."-surah Maryam 19:47.

Allahurabbi. Betapa hebatnya cabaran para Nabi zaman dahulu berbanding kita sebagai umatnya. Nasihat buat diriku dan untuk semua, jika keluarga yang masih belum beriman menyisih dan menjauhkan diri, sentiasalah berusaha mendekati, mendoakan dan berdakwah kepada mereka. Namun, jika kebencian mereka membahayakan diri, berhijrahlah kerana Allah dan Rasul. Betapa luasnya bumi Allah ini. Berhijrah daripada sebuah keluaga kecil kepada sebuah keluarga Muslim yang besar. Inilah persaudaraan yang diikat atas dasar iman kepada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, pasti mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah."(Surah al-Nisa' 4:100)

Wallahua'lam.












Tuesday, December 27, 2011

~Keajaiban Solat Subuh Berjemaah~

Bissmillahhirrahmannirrahim..

Alhmdulillah hari ini Allah masih memberi nafas baru serta hari baru buat saya dan untuk kita semua. Alhmdulillah. Allahhurabbi, melalui hari2 dengan terus bermujahadah dan istiqomah padaNya. InsyaAllah.^_^

Kali ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua tentang beberapa kupasan mengenai Keajaiban Solat Subuh Berjemaah. Bkn apa, kadang2 kita sendiri terlepas pandang tentang pentingnya solat subuh ini yang merupakan tunjak utama kita sebagai umat islam. Ini kerana, untuk pengetahuan anda, orang2 kafir sememangnya takut kepada umat Islam sekiranya kita bersatu dalam melaksanakan solat subuh berjemaah seperti samanya bilangan umat Islam ketika menunaikan solat Jumaat. Maka, saat itu hancurlah mereka orang2 kafir apabila bertentangan dengan kekuatan umat Islam.Subhanallah.


Seperti seorang penguasa Yahudi berkata:"Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat."(Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).

Itu lah sebabnya, para sahabat Nabi SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu ketika mereka terlambat solat Subuh dalam Penaklukan Benteng Tsatar."Tragedi" ini membuatkan sahabat seperti Anas bin Malik selalu menangis bila mengenangnya. Kalau di nilai balik kisah sahabat Rasulullah yang tertinggal solat subuh itu adalah amat rugi bagi dirinya, dan apatah lagi kita sebagai umat akhir zaman??bila tertinggal saja, skit pun kita tak pernah rasa gerun dan takut, apatah lagi menangis bila tertinggal solat subuh. Allahurobbi..tak tertangguh rasanya dosa2 yg kita tanggung dan tanpa kita sedari.

Sebenarnya, sangat sayangnya Rasulullah SAW kepada kita umatnya, sampai Baginda berdoa:"Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun subuh." Dan dalam hadis lain Baginda jamin bila orang yang senang bangun subuh maka rezeki dan hidupnya akan berkah seperti sabda Rasulullah SAW."Berpagi- pagilah kamu mencari segala keperluan atau hajat, kerana sesungguhnya di waktu pagi itulah terdapat berkah."

 
Untuk pengetahuan anda semua, kenapa sebab solat subuh ni menjadi perhatian yang utama???kenapa tidak solat zohor ke, asar ke dan solat2 yg lain??cube kita fikir dan renungkan..

Sebabnya Allah swt sendiri telah menegaskannya dalam Al-Quran:"Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya Solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)."(Al-Isra' 17 ayat 78) Jadi, itu lah sebenarnya yang menjadi kekuatan bagi orang mukmin. Walau setinggi mana darjat, pangkat dan harta kita, akhirnya kita bersujud juga kepada Allah, kerana kita adalah hambaNya.

Tahap keimanan seseorang bukan dinilai dari segi rupa, harta dan segala yang dimiliki, tapi dinilai dari segi patuh serta taatnya kita pada perintah Allah SAW dan Rasul. Saya cuba bagi contoh jika seorang mukmin walaupun kerap berpuasa, tilawah Al-quran, berzikir atau bahkan ia seorang Ustaz sekalipun, namun ia masih berat nak bangun solat subuh berjemaah di masjid, saya rasa orang ini perlu banyak2 bermuhasabah, jangan2 tanpa kita sedari kita termasuk dalam kategori sabda Rasulullah SAW:"Solat yang paling berat bagi orang2 munafik adalah solat Isyak dan subuh"(HR Ahmad). Jd, cek balik diri kita, sekiranya dah menjadi rutin kita bangun lewat solat subuh, sebenarnya hati kita sedang sakit. Sakit yang boleh menyebabkan penyakit hati itu sendiri. Bahaya2..jangan kita tergolong dalam orang2 yang munafik..Nauzubillah.

Oleh itu, bagi mengakhiri tajuk saya kali ini, saya ingin kongsikan tips cara mudah untuk kita bangun melaksanakan solat subuh berjemaah/ dirumah.. InsyaAllah..antaranya:

1. Ikhlas
2. Tekad yang kuat.
3. Cuba jauhi dari berbuat dosa.
4. Doa. itu la senjata orang mukmin.
5. Bersahabat dengan orang soleh.
6. Tahukah bagaimana pula cara anda tidur?
     i. Mencontohi Tidur Rasulullah
    ii. Bagi tahu orang waktu tidur anda
7. Jangan banyak makan sebelum tidur!Bahaya tu..lagi berat la nk bangun subuh.
8. Tiga Pengingat.
    i. Alarm.
   ii. Telefon
  iii. Bel Pintu.
9. Jangan biarkan bilik terlalu gelap. lagi senang kita lena n tak bangun2..

Sedikit perkongsian dari saya, InsyaAllah bermanfaat untuk semua. Sama2 kita muhasabah diri balik, sekiranya kita tergolong seperti di atas, sedar lah sebenarnya hati kita sedang sakit yang teruk. Jadi, ubat2kan lah hati tu..keberkatan itu ada pada awal pagi waktu kita mulakan rutin harian kita iaitu subuh. Jika kita terlepas waktu keemasan itu, hidup kita seharian takkan sempurna pada pandangan Allah swt. Wallahua'lam.

Thursday, December 22, 2011

~Bisikan hati~

Bissmillahhirrahmannirrahim....






Bisikan hati kadang-kadang membuatkan dirinya gundah,
Sehingga mampu melakukan sesuatu di luar batasan,
tetapi iman membatasi segalanya,
kerana iman dan taqwa yang memelihara jiwa.
                                                                                                                                                                                      
Iman yang tidak dijaga memberi kesan penyakit hati yang teruk
sehingga hilangnya ketenangan dalam hidup,
adakala rumah itu adalah neraka buat dirinya,
ketabahan iman dan kekentalan jiwa membuatkan dirinya terus 
bermujahadah dalam mencapai tingkatan redha illahi,
kerana redha Allah sahaja yang mampu memberi ketenangan yang hakiki..

Hidup ini tiada erti baginya lagi waktu itu,
hilangnya kasih, derita pula melanda diri,
hilangnya suka, musibah pula menimpa diri,
Kerana perginya seorang ayah yang disayangi,
yang melindungi diri dan tempat mengadu kasih padanya.

Ya Allah, Ya rahman, bantulah aku , kuatkanlah aku,
tidak mampu ku berdiri teguh andai tiada Mu disisi,
tiada yang lebih indah hidup di dunia ini
melainkan hanya mampu ku berzikir pada Mu ya Allah,
tiada yang lebih indah tiba di akhirat syurga abadi,
melainkan ku mengharapkan pengampunan dari Mu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
tetapkanlah hati ku moga sentiasa dalam agamaMu,
walau ujian melanda diriku,
Walau diriku di hempas ombak yang deras,
berikanlah aku kekuatan untuk aku bertahan
sehingga ke hujung nyawa.

Ya Allah ya tuhanku,
usah bebankan aku dengan bebanan yang berat,
seperti yang pernah kau berikan kepada umatMu yang terdahulu,

Ya Allah Ya tuhanku,
jangan pikulkan aku dengan ujian yang tidak ku terdaya,
maaf la salah silap ku ,
ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah..



karya luahan hati : Ayu Fathihah.


Jika Semuanya Milik Allah...Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada?



Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru menambah lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhatikan telapak tangan sambil berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak berbuat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurniakan oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ? Sebenarnya, apa yang kita ada ????

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya???

Muhasabahlah wahai diri...

Wednesday, December 7, 2011

~Adakah Hati kita terjaga??~

Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalammualaikum wbt sahabat2 ana sekalian,

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Pendtadbir kerajaan langit dan bumi, penguasa seluruh alam jagad raya, penguasa semua hati hamba-hamba-Nya. Selawat serta salam kita panjatkan bersama kepada junjungan mulia panutan qudwah dan uswah kita bersama, baginda Rasulullah s.a.w, putera Abdullah yang suatu masa dulu berjuang meninggikan kalimat toyyibah di hati para umatnya sehinggakan kita mampu melafazkan kalimat toyyibah sebagai lambang persaksian kepada Yang Maha Esa serta pesuruh-Nya. Alhamdulillah. Syurkur padaNya.

Ikhwah wa akhwat sekalian, satu peringatan buat kita bersama, satu perkara yang perlu kita perhatikan bersama serta satu masalah yang perlu kita mengambil berat mengenainya. Adakah hatiku terjaga? Satu persoalan yang ingin diutarakan dalam rangka kita muhasabah kembali penjagaan hati kita dalam melalui arus kemodenan yang pasti tiada batas waktu dan tempat bagi kita semua berkomunikasi secara alam maya. Ana yang penuh dengan khilaf dosa juga baru kembali menyedari perkara ini. Semoga perkongsian ini untuk tazkirah diri ana sendiri dan untuk sekalian pembaca yang dipilih. Perkongsian yang ingin dibicarakan berkaitan dengan firman Allah dan hadits Rasulullah yang pasti kita biasa dengannya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS 17:32)

"Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Nabi Saw telah bersabda "Perzinaan bagi mata adalah memandang, perzinaan bagi telinga adalah mendengar. perzinaan bagi mulut adalah pembicaraan. perzinaan bagi tangan adalah meraba, perzinaan bagi kaki adalah berjalan menuju kemaksiatan, dan perzinaan bagi hati adalah terangsang, berharap, dan membenarkan apa yang menjadi ajakan farji (kemaluan)(HR Bukhari dan Muslim)

 Jika dahulu konsep hubungan tanpa sempadan belum  tercorak, sudah pasti perzinaan khususnya melalui mata,telinga dan hati masih kabur pada pandangan. Namun kini, berbekalkan jaringan tanpa sempadan, ruangan sosial secara on-line yang meluas mahupun ruangan pertemuan perbualan yang pasti mendekatkan mereka yang jauh, mengenalkan mereka yang asing sehingga perbualan antara berlainan jantina sudah dipandang perkara yang remeh. Kita mengetahui larangan Rasulullah lelaki bersendirian bersama wanita tanpa muhrim:

Sahabat Ibnu Abbas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu bersendirian dengan seorang wanita, kecuali beserta mahram" (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan kita hanya kecilkan skopnya sekadar pertemuan fizikal. Bagaimana pula pertemuan hanya kamu dan si dia di 'chat room'?seperti di Facebook. Pertemuan fizikal secara berhadapan pasti masih ada perasaan malu menghalang, namun jika hanya perkataan yang keluar ke skrin komputer pasti mengurangi perasaan malu tersebut. Berapa ramai kita dapat lihat contohnya di laman 'social network' yang tidak saling mengenali namun berani berbicara benda-benda yang kekadang lari dari tujuan asalnya. Merapu tidak tentu hala. Memuji dan bergurau yang berlebihan dan sebagainya.

Kita ambil contoh bayangkan kita bertemu ramai kawan-kawan sekolah yang telah lama tidak bertemu dan akhirnya ketemu di alam maya, pasti jika dahulu semasa di sekolah kita tidak berani bertegur sapa, bahkan tidak pernah pun berbicara dengannya, khususnya yang berlainan jantina, namun alam maya membenarkan segala, bertanya khabar sehingga mampu menjerumus penyakit timbul di dalam hati.

Blog-blog yang pasti mega bilangannya juga tempat yang harus sentiasa kita awasi. Komen-komen yang mampu menggugat kekuatan hati harus kita membatasi. Pujian dari seorang ikhwah kepada akhwat atau sebaliknya. Kita takuti perkara ini akan perlahan mengotori hati yang selama ini ingin bersama kita menjaga. Bagi yang sedikit islamik, penggunaan anta-anti menjadi cagaran, nampak indah pada pandangan, walau berlainan jantina, namun anta-anti membolehkan segalanya yang mampu merosakkan hati manusia kerana kita takuti inilah sarana syaitan untuk men-tazyin atau membuat indah perkara yang salah seperti peringatan dari Allah s.w.t:

 Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,(QS 15:39)

Ikhwah wa akhwat sekalian, jangan kita manfaatkan kemudahan tanpa sempadan sebagai sarana membuat maksiat tanpa sempadan. Kemudahan bentuk ini merupakan ujian bagi kita dari terjerumus ke lembah perzinaan hati jika kita tidak mengamalkan larangan-Nya secara tsumul di semua tempat sehingga syaitan mampu kaidun atau menipu daya hati-hati kita.

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."(QS 2:208)

dan satu perkara yang pasti:

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS 40:19)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan membezakan mana yang hak dan mana yang bathil, mana yang halal dan mana yang haram atas rangka kita ingin menjaga hati kita bersama. Keimanan kita masih perlu dipertanyakan dimana tingkatannya jika salah satu indikator yang Rasulullah berikan belum mampu kita penuhkan:

Sahabat Abi Hurairah ra bertanya, bahwa  Rasulullah saw telah bersabda "Tidak akan berzina seorang pezina bila ketika berzina dia beriman...(HR Bukhori & Muslim)

Sesungguhnya tazkirah ini khusus dan paling utama untuk ana sendiri, syukur kepada Illahi yang memberikan kesedaran akan perkara ini dari terus menjerumus mengotorkan hati ini walau pasti sudah terlalu banyak bintik hitam yang mengotori hati. Segala pujian kita serahkan segalanya kepada yang memberikan nikmat atas segalanya. Jika keindahan kita dapati tidak kira dimana lokasi, ingat dan pujilah kepada Dia yang selayaknya. Segala kekurangan dan kesalahan diri atas dasar kehinaan kita sendiri yang bergelumut dengan dosa samada ktia sedari atau sebaliknya, samada besar atau kecil saiznya kerana dosa bukan umpama lalat yang hinggap sementara pada hidung, dikuis terus hilang(Hilal Asyraf) dan yang pasti dosa kecil lebih kita takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya(Ibn Qayyim(. Persiapan hati itu yang penting(Hizul Azri).

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapan."
(QS 17:36)

Sunday, December 4, 2011

~Kelebihan Hari Asyura-10 Muharam~


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. 


Jom puasa !

Tuesday, November 29, 2011

~Bersangka baik pada Allah~^_^





Assalammualaikum wbt..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan cahaya makrifat kepada kita, melaluinya kehidupan kita sentiasa terbimbing menuju kebahagian abadi, kabahagian di akhirat.... aminn.... ♥ ^_^