Tuesday, November 29, 2011

~Bersangka baik pada Allah~^_^





Assalammualaikum wbt..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan cahaya makrifat kepada kita, melaluinya kehidupan kita sentiasa terbimbing menuju kebahagian abadi, kabahagian di akhirat.... aminn.... ♥ ^_^

Sunday, November 27, 2011

~ImAn & IstiQomaH~


~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Assalammualaikum wbt..,

Setelah diperintahkan supaya beriman sepenuh hati kepada Allah, kita diperintahkan pula beristiqamah. Arahan supaya istiqamah ini terkandung juga di dalam al-Quran di mana Allah berfirman;
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ(112)
“Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Hud: 112)
Maksud Istiqamah ialah tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam. Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; Istiqamah bermaksud tunduk-patuh kepada segala yang diperintahkan dan menjauhi segala tegahan. Ada ulama’ yang mentakrifkan istiqamah sebagai; berterusan beramal dengan sunnah Nabi Muhammad s.aw. dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai (Allah). Ada yang mentakrifnya sebagai; mengikuti (sunnah Nabi s.a.w.) dan meninggalkan bid’ah. Ada juga mengertikannya dengan; meletakkan diri di atas akhlak al-Quran dan as-Sunnah.
Untuk terhasilnya Istiqamah seseorang itu tidak dapat tidak mestilah berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya. Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas jalan yang benar. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w.;
يا أيها الناس، إني قد تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا: كتاب الله، وسنة نبيه
“Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)

Thursday, November 24, 2011

~Malulah Wahai Da'i~



Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?" 
[QS al-Baqarah, 44]

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]


Tuesday, November 15, 2011

~Mujahidah Islam... Iman Semerbak Kasturi~

~Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam... Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri.

Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun, Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang kental telah dipersaksikan di dalam peristiwa agung Israk dan Mi’raj ketika mana Nabi saw dibawa melintasi maqam as-Syahidah Mashitah.

Salasilah keimanan itu diteruskan pula apabila muncul seorang ibu yang sanggup ditinggalkan suami di tengah terik panas matahari lembah Bakkah bersama-sama anaknya yang tercinta. Sayyidah Hajar, bonda kepada nabi Allah Ismail a.s menyaksikan pengorbanan suaminya dan anaknya sendiri demi menjalankan perintah Allah yang disampaikan melalui mimpi sahaja. Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang dipelihara sehingga dewasa terpaksa pula dikorbankan. Namun keimanannya telah mencantumkan semula kepingan-kepingan hati itu dan menyuburkannya dengan ketenangan. Sejahteralah wahai Sayyidah Hajar atas pengorbananmu berlari antara Safa dan Marwa sehingga hari akhirat.

Wanita agung seterusnya muncul di zaman pemuda paling tampan diciptakan Allah swt. Sayyidah Zulaikha walaupun beliau terpesona dengan nafsu, keteguhan imannya telah membangkitkan semula maruahnya sehingga berada sebaris bersama-sama mujahidah yang lain. Wanita mulia ini telah ditakdirkan untuk menghadap Allah swt ketika khusyuknya dia menyembah Rabbul Izzati.

Maryam binti Imran. Gadis sunti keluarga Imran ini telah menggegarkan dunia dengan kelahiran anaknya tanpa berbapa. Nabi Allah Isa as dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dipelihara dengan penuh adab dan sopan. Walau pun menerima cercaan masyarakat, ibu mulia ini tetap teguh berpegang dengan imannya kepada Allah. Selain bayi Mashitah, bayi Maryam binti Imran jua diistimewakan dengan kebolehan bertutur semasa kecil. Kisahnya terpahat utuh di dalam lembaran al-Quran buat tatapan umat manusia. Setelah berkorban segalanya untuk perjuangan anak tercinta, akhirnya dia dijemput jua menemui Penciptanya ketika sedang beradu.

Warisan keimanan itu akhir tercurah kepada serikandi pertama Islam Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid. Dialah ibu kepada anakanda-anakanda Nabi Akhir Zaman saw. Dialah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada Allah tika suaminya menyeru umat Quraisy kepada agama baru itu. Pengorbanannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun hatta Nabi seringkali teringatkan kekasih pertamanya itu. Dialah wanita yang menenangkan nabi Muhammad saw ketika Jibril as datang menyampaikan wahyu pertama. Dialah yang pertama meyerahkan hartanya untuk perjuangan Islam. Dan pemergiannya ke alam baqa ditangisi seluruh umat Islam sehingga kini.

Bergelar “Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam”, Sumayyah menerima penderitaan yang paling dahsyat untuk mempertahankan imannya. Lembing yang tajam menghunus telah memutuskan hayat wanita agung ini. Ammar bin Yasir, anaknya tercinta menatap penuh hiba pemergian ibunya ke alam abadi. Sumayyah telah meninggalkan contoh pengorbanan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya seperti Syahidah Mashitah di zaman Musa as.

Sanggup berkorban nyawa dan meredah kegelapan malam, ditambah pula dengan kesejukan pergunungan Thaur, beliau dengan tekad mendaki gunung Thaur dengan bekalan makanan terbeban di bahu. Kegigihan Asma’ binti Abu Bakr r.a. menjadi wanita solehah yang berjasa di dalam peristiwa Hijrah. Wanita mana yang sanggup meredah kegelapan malam ketika mana pemuka-pemuka Quraisy sedang giat mencari Nabi saw ketika itu. Wanita mana yang sanggup mendaki Bukit Thaur setinggi 2000 meter itu di tengah gelap malam tanpa peneman dengan bekalan yang sedia tersangkut di bahunya. Semuanya dilakukan oleh Asma’ kerana imanNya kepada Allah swt. Dialah yang bergelar “Pemilik 2 Tali Pinggang” kerana kain ikatan pinggangnya telah dikoyak dua untuk mengikat bekal makanan ke unta ayahanda dan Nabi saw sebelum mereka bergerak ke Madinah.

Adinda kepada Asma’ telah ditakdirkan menjadi wanita agung di zaman perjuangan Nabi saw. Dia menjadi contoh teladan seorang isteri yang mulia dan ummul mukminin yang agung. Sayyidatina Aishah binti Abu Bakr as-Siddiq. Nama yang harum sepanjang zaman. Kecantikan paras wajahnya telah disempurnakan dengan keindahan imannya. Isteri Nabi saw yang paling bertaqwa dan wara’ serta dalam ilmunya. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah pemergian Nabi saw. Kasihnya pada Nabi tiada tolok bandingan. Perjuangan dan pengorbanannya untuk Islam tiada tandingan. Wanita mulia bergelar “Ibu Orang-orang Yang Beriman”.

Beliau dijanjikan akan menjadi wanita pertama bertemu Nabi saw di syurga. Beliau adalah yang melihat perih jerih perjuangan Nabi saw dari awal sehingga wafatnya Nabi saw. Beliaulah yang paling dikasihi Nabi saw dari ahli keluarga Baginda. Beliaulah Sayyidah Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah saw. Puteri bongsu Nabi saw dan ibu kepada Sayyidina Hassan dan Hussein. Beliau merupakan isteri kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat Sayyidina Ali karramallahu wajhah. Pengorbanan Fatimah dipersaksikan seluruh kaum muslimin dan menjadi teladan sepanjang zaman. Imannya tiada tandingan dan ilmunya tiada saingan.

Monday, November 14, 2011

kEMbaLI~

Dengan Lafaz Bissmillahhirrahmannirrahim..

Assalammualaikum wbt..

Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya serta rahmat dariNya, masih lg diberi peluang untuk menulis blog pada kali ini..Apa khabar sahabat sume? Semoga anda semua sihat dan sentiasa berada dlm redha dan kasih sayang Allah hendakNya..

Ana baru je merangkak2 dlm menulis blog ni..rasa mcm agak janggal jer..dlam mengisi kekosongan hati ni, ana penuhi masa2 dgn sesuatu yg berfaedah..insyaAllah..~

Akhir kata daripada ana, semoga kita semua sentiasa istiqomah dlm mencari redhaNya..


Rasulullah SAW bersabda
''Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada,dan ikuti kejahatan itu dengan kebaikan,nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik,''(HR at-Tirmizi)

sekian~